|
|
| Thursday, 22-Mar-2007 02:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ flowers @-
|
|
i. Cahaya Asli - Cahaya Matahari, Bulan adalah cahaya asli yang perlu dikendalikan secara cermat. Cahaya begini tidak boleh diubah kedudukannya. Jika perlu, anda gunakan Pembalikan (Reflektor) untuk mengubah sudut cahaya. Menggunakan cahaya matahari lebih mudah dan murah. Mutu gambar yang dihasilkan dengan menggunakan cahaya matahari lebih baik jika betul cara pengendaliannya.
ii. Cahaya Tiruan - Contoh cahaya tiruan ialah: Lampu Pancar (Flash), Lampu Studio.
Ketika mengendalikan cahaya anda perlu faham sifat cahaya itu sendiri. Cahaya Tungsten akan memberikan kesan kuning pada gambar justeru anda perlu menggunakan Filter Biru untuk pembetulan. Jika menggunakan cahaya matahari, pastikan arah cahaya. Kesan arah cahaya matahari akan memberi kesan pada muka potret.
Menggunakan Flash adalah cara mudah untuk mendapat kesan cahaya. Tapi anda perlu mahir kerana jika tidak ia akan memberi kesan kontras pada muka model. Anda boleh menggunakan teknik Bounce, iaitu dengan menghalakan Flash ke Silling atau menggunakan Reflektor. Oleh itu muka model tidak kontras. Teknik ini memerlukan anda menggunakan aperture yang besar. Jika menggunakan mood Flash Automatik, gunakan mood yang memberikan kesan aperture besar.
Selain menggunakan Flash, anda boleh mencuba menggunakan Lampu Studio yang mana harganya lebih mahal dari flash. Bagaimanapun ada lampu studio yang kecil dan mudah dikendalikan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-Mar-2007 02:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ pokok @-
|
|
3. Filter - Filter memainkan peranan penting ketika rakaman gambar potret. Dengan filter gambar boleh dirakamkan dengan memberikan mutu yang baik. Antara Filter yang disyorkan untuk fotografi potret ialah: Soft filter, Poloraizing. Untuk melembutkan kesan muka model gunakan Soft filter seandainya Aperture yang digunakan kecil. Poloraizing filter boleh digunakan untuk menghilangkan kesan berminyak (kilat) muka model.
4. Cahaya - Cahaya merupakan faktor penting. Cahaya terbahagi dua.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-Mar-2007 01:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
- @ jejaka @-
|
|
Basic on Shutter Speed 2
Dari pengamatan saya, untuk menguasai ilmu basic photography... kita perlu tahu perkara berikut:
1) exposure
2) composition
Saya akan menerangkan berkaitan exposure sahaja di sini di dalam digital photography.
1) exposure
Mengikut formula (entah saya reka atau terbaca di mana-mana dah lupa):
* Exposure = shutter speed + aperture
dalam menentukan exposure yang betul, shutter speed yg bersesuaian & bukaan aperture yang betul harus diketahui. Sekiranya satu environment statik dirakamkan, exposure yang betul boleh didapati dengan kombinasi shutter speed & aperture yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, arus diingat aperture sebenarnya juga mempengaruhi DOF & shutter speed pula mempengaruhi imej objek yang terhasil sekiranya objek tersebut tidak statik.
Dtg pula elemen ISO, yang mana menerangkan sensitiviti sensor sesuatu kamera kepada cahaya. bagi suasana yang kurang cahaya, meningkatkan tahap ISO bermaksud mengarahkan sensor supaya lebih sensitif kepada cahaya & juga sebaliknya. So, sebenarnya tahap ISO tidak mempengaruhi sharp atau tidak sesuatu imej, sebaliknya ia mempengaruhi penggunaan shutter speed & aperture untuk mendapatkan exposure yg dikehendaki. Dengan ISO yg tinggi, bermaksud sensor akan lebih sensitif kpd cahaya. Tahap ISO dan bukaan aperture yang sesuai boleh mendapatkan shutter speed yg sesuai untuk meng 'freeze' kan sesuatu objek atau mencapture motion objek tersebut dalam exposure yang betul / dikehendaki.
*Dengan kata lain, untuk meng 'freeze' kan sesuatu object, kita perlu shutter speed yg laju di mana penggunaan aperture & ISO yang sesuai perlu diselaraskan.
* Untuk mendapatkan motion of the objek, kita perlu shutter speed yg perlahan / sesuai di mana penggunaan aperture & ISO yang sesuai perlu juga diselaraskan.
* Untuk bermain dengan DOF, kita perlu bukaan aperture yang besar (no f yang kecil) & shutter speed & ISO yang sesuai perlu diselaraskan.
* Imej yang sharp atau sebaliknya dipengaruhi oleh penggunaan lens yg sesuai / kuaiti lens & pergerakan kamera semasa mengcapture imej.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Mar-2007 01:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ Berhenti @-
|
|
1. Filem - Filem bahan penting untuk merakamkan gambar. Filem yang paling baik untuk fotografi potret ialah berukuran 120. Namun filem ini hanya digunakan oleh kamera View. Oleh itu kepada Amatur adalah dicadangkan menggunakan filem 135 mm dengan ASA 100.
2. Lens - Lens yang sesuai untuk fotografi potret ialah lens Micro, Standard, Telephoto. Pemilihan lens yang betul akan memberi kesan gambar yang baik. Lens-lens yang disebut tadi merupakan lens yang paling sesuai. Jangan menggunakan Wide Angle kerana akan memberi kesan yang tidak baik kepada muka model. Hidung model akan kembang! Jika menggunakan lens Telephoto anda perlu berhati-hati kerana lens ini berat dan akan memberi kesan goyang jika tidak cermat. Telephoto Lens juga memerlukan Jurufoto berada jauh dari model namun kesan gambarnya menarik. Menggunakan Lens Mikro perlu berhati-hati kerana kesan Dept Of Feildnya agak tajam. Menggunakan Soft Filter adalah cara terbaik untuk memberi kesan yang baik. Lens Standard juga baik untuk rakaman potret.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Mar-2007 00:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ Black,White&Red @-
|
|
POTRET
Potret Fotografi merupakan salah satu bidang yang menarik.Ia merupakan cabang yang penting kerana di dalamnya terdapat teknik untuk mengambil gambar potret bagi tujuan pengenalan diri ketika membuat kad pengenalan, paspot, kad pekerja dan sebagainya. Lebih menarik lagi untuk membuat rakaman kenangan wajah; ayah, ibu, anak dan sesiapa saja
Kamera yang sesuai untuk rakaman foto begini ialah Kamera View dan SLR. Kamera begini memiliki kemudahan yang boleh digunakan sebanyak mungkin. Umpamanya Lens yang sesuai, Filter, Flash atau Lampu Studio.
Alat-alat tambahan
Selain kamera, alat-alat tambahan berikut diperlukan untuk memantapkan kerja-kerja dalam fotografi potret.
1. Filem
2. Lens
3. Filter
4. Cahaya - Flash, Lampu Studio, Reflektor
5. Tripod
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-Mar-2007 04:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ LRT @-
|
|
Majlis-Majlis Rasmi
Saya ingin menurunkan beberapa etika ketika berada di majlis-majlis rasmi sebagai garis panduan semua jurufoto.
Menjadi satu pemandangan biasa kita melihat jurufoto seperti bebas berada di majlis-majlis rasmi.Sebenarnya tidak. Mereka tetap dikawal oleh pegawai khas yang sentiasa memerhati gerak geri. Jika salah pergerakan, mereka akan diarah keluar!!
Jurufoto juga diarah mengikuti peraturan majlis. Mereka akan ditempatkan di sudut khas. Ada masanya mereka tidak dibenarkan bergerak bebas. Lihat istiadat di Istana yang sering disiarkan oleh TV, anda mungkin tidak terlihat jurufoto bebas. Begitu juga di Parlimen.
Jurufoto tidak boleh berada rapat dengan VVIP atau VIP. Jarak antara 15-20 kaki adalah jarak yang masih di dibolehkan jika di majlis Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri.
Jika VVIP berada diatas pentas, jangan merakam gambar dari atas pentas. Jurufoto perlu berada di bawah pentas. Di sinilah lens Telephoto/Zoom digunakan.
Jika berada di majlis makan, jangan rakam gambar semasa tetamu sedang mengunyah makanan. Kalau perlu juga merakam gambar mereka waktu itu minta kebenaran (bukan Raja) mereka.
Pakaian menjadi perkara yang utama ketika anda berada majlis-majlis rasmi. Jika majlis dihadiri oleh Duli-Duli Sultan, pakaian yang sesuai ialah suit lengkap. Jika majlis rasmi lain ialah pakaian bersopan. Jangan memakai TShirt dan Jeans, Seluar pendek!
Namun apa yang mustahak jika anda terlibat dalam apa-apa jua majlis pastikan mendapat peraturan dari pegawai khas dalam majlis tersebut. Selain itu sebagai orang timur yang tinggi nilai sopan santun, fikirlah apa yang baik dalam budaya kita itu adalah yang sesuai dengan majlis tersebut. Takkanlah orang bersopan dalam majlis kita tidak? Yang mustahak kalau boleh ikutilah kursus-kursus protokol jika ada
Begitu juga jika anda terlibat dalam acara sukan, belajar undang-undang jika tidak anda akan berada di tengah padang pulak!
Jurufoto perlu sedar dimana bumi dipijak. Sebagai jurufoto Islam, gunakan Islam sebagai panduan sempurna. Ingat perkara yang Islam larang itu adalah yang perlu ditinggalkan. Jangan musnahkan kemurnian Islam, negara, moral bangsa. Pegang amanah. Jangan rosakkan peribadi orang lain dengan ilmu dan kemahiran anda.
Membentuk keperibadian yang unggul adalah lambang tamadun manusia. Sifat Amanah, Jujur, menyimpan rahsia adalah sifat yang baik perlu ditanamkan pada diri seorang jurufoto. Jangan menggunakan menjadikan senifoto sebagai pisau untuk memusnahkan orang lain. Bentuk peribadi yang mulia untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-Mar-2007 03:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
- @ bear @-
|
|
ETIKA DALAM BIDANG SENI FOTO:
Dalam apa jua profession yang diceburi, etika dan adap perlu dipatuhi. Begitu juga dalam bidang senifoto. Terutamanya bagi Jurufoto Professional (JP) yang menjadikan senifoto sebagai sumber rezeki. Namun para amatur juga tidak terkecuali kerana senifoto tidak boleh dibandingkan dengan profession lain. Contohnya Peguam, Doktor, Akuantan, Jurutera (sekadar beberapa contoh jawatan professional) mempunyai badan yang mengawal tingkah laku mereka. Jurufoto tidak ada badan begitu. Cuma kalau ada jurufoto akhbar dan majallah yang menjadi ahli dalam Pertubuhan Akhbar peringkat kebangsaan atau negeri yang mengawal mereka.
Jurufoto Amatur (JA) tidak terkecuali. Semua peraturan, etika, adap hendaklah dipatuhi oleh mereka. Jika tidak kerjaya mereka akan menjadi sukar diusahakan kerana tindakan yang mungkin diambil oleh pihak-pihak tertentu.
Secara am, segala etika bergantung pada keadaan di mana jurufoto berada. Di negara kita jurufoto wajib mematuhi undang-undang Malaysia. Samada jurufoto Malaysia atau luar negara undang-undang disini perlu dipatuhi.
Peraturan tertentu seperti di jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat perlu dipatuhi. Mereka mempunyai paraturan khas. Tidak semua kawasan, premis tertentu boleh dimasuki begitu mudah.
Di Malaysia kerajaan menerusi Jabatan Penerangan mengawal dan mendaftar semua petugas akhbar dalam dan luar negara. Begitu juga petugas dari agensi kejaan. Mereka akan diberikan Kad Pengakuan Akhbar. Kad ini akan mencetak nama, pertubuhan yang diwakili. Terdapat gambar sebagai pengenalan.Kad ini perlu dipakai ketika membuat liputan di majlis-majlis yang dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri dan para menteri.
Namun kad ini tidak menjadi peraturan mutlak, kerana ada majlis-majlis tertentu tidak boleh digunakan kerana penganjur mengeluarkan pas khas acara-acara tertentu sebagai mengawal jumlah kehadiran petugas media.
Mana boleh semua jurufoto membanjiri mana-mana majlis. Contohnya Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran di Istana. Majlis di Parlimen, Majlis Konvokesyen di Universiti. Secara umumnya tidak semua jurufoto boleh masuk ke mana-mana majlis anjuran kerajaan atau syarikat.
Merakam gambar premis tertentu juga perlu diberi perhatian. Tidak semua bangunan boleh dirakam sewenang-wenangnya. Anda boleh ditahan atau disoal siasat jika merakam gambar tanpa kebenaran. Umpamanya di kawasan Istana, bangunan kerajaan, kilang dan sebagainya. Bayangkan jika pihak kilang mengesyaki anda berniat jahat?
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Mar-2007 04:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ ERL @-
|
|
Benda yg mempengaruhi shutter speed ialah
1. Light condition
2. ISO
3. Aperture
utk lense d50 aperture paling besar ialah f3.5 tapi bila u dah zoom to 55mm dia dah jadik f5.6 rasanya. Yg masa nak snap dia lambat tu pasal dia nak find focus mengikut focus setting yg kita set kan. Tengok ada box hitam kecik dalam viewfinder. Kat situ tapak focus yg lense adjust.
3 Faktor Yg Mempengaruhi Depth Of Field (DOF) atau dalam bahasa melayunya Medan Ketajaman Gambar. Ini huraian lanjut dari apa yang telah dinyatakan.
1) APERTURE
Aperture kecil memberikan depth of field yang luas.
Aperture besar memberikan depth of field yang sempit.
2) FOCAL LENGTH
Wide angle lens memberikan depth of field yang luas
Tele lens memberikan depth of field yang sempit
3) SUBJECT DISTANCE
Subjek yang jauh dari kamera memberikan depth of field yang luas
Subjek yang dekat dengan kamera memberikan depth of field yang sempit
Satu perkara lain yang berkaitan dengan DOF ialah HYPERFOCAL DISTANCE ( HD ). HD ni adalah teknik memfokus untuk mendapatkan ketajaman maksimum dari subjek paling dekat kepada subjek paling jauh dari kamera. Setelah menggunakan kesemua 3 kawalan yang dinyatakan di atas, tempat yang difokus memainkan peranan untuk mendapatkan hasil HD.
Bayangkan anda ingin merakam satu gambar pemandangan dimana ada sebatang ranting kayu 2 meter dari kamera, diikuti dengan subjek lain hinggalah gunung dan awan di tempat paling jauh. Anda ingin dapatkan kesemua benda ini dalam fokus - anda perlu guna teknik HD. Ramai orang salah anggap, memfokus pada infiniti akan dapat ketajaman paling luas, tapi dengan teknik HD, sebenarnya, anda perlu fokus pada satu jarak sebelum infiniti. Hal ini dapat dipastikan dengan melihat tanda pada lens. Tetapi, kebanyakan lens sekarang tidak mempunyai tanda ini. Kalau ada yang berminat huraian lebih jelas utk HD, nanti kita buka satu topik baru.
Nota:
1) Aperture kecil bermakna, lubang yang dibuka itu kecil saiznya, tetapi nombor pada f/stop itu besar. Contoh f/22 = lubang kecil, f/2.8 = lubang besar.
2)DOF luas maknanya, ketajaman gambar diperolehi dari subjek paling dekat hingga subjek paling jauh. Begitu juga sebaliknya.
3)Focal length berkaitan juga dengan angle of view, diukur dalam unit mm pada lens. Contoh kategori focal length ( untuk 35mm )
Fisheye - 16 mm kebawah
Ultra Wide - 18 mm hingga 24 mm
Wide - 28 mm hingga 35 mm
Standard - 50 mm
Short Tele - 70 mm - 100 mm
Tele - 200 mm hingga 300 mm
Ultra Tele - 500 mm ke atas
Sekian, harap tulisan ini dapat membantu.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Mar-2007 02:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ Titisan Air @-
|
|
Basic on Shutter Speed
Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya.
Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya.
Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut. Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat.
Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya.
Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Mar-2007 02:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
-@ Adam @-
|
|
Studio flash
Studio flash hanya boleh digunakan jika seseorang itu mampu dan boleh mendapat pulangan modal. Studio flash hanyalah untuk kerja-kerja berbentuk pengiklanan. Namun jika anda mampu apa salahnya?. Begitupun ada satu lagi cahaya tungsten yang mengeluarkan cahaya dari tenaga batteri yang boleh dibawa kemana-mana untuk kerja-kerja mikro fotografi
|
|
|
|
|